Saturday, August 19, 2017

Jadual Kuliah OGOS 2017

Jadual Kuliah OGOS 2017 bagi Sheikh Baba Abd Karim Hj Isa Al Fatoni Al Makki. Mohon sebarkan demi kebaikan.

Sunday, April 19, 2015

Ziarah Sheikh Baba Karim di Melaka (20 & 21 April 2015)

Assalamualaikum, sukacita dimaklumkan bahawa Sheikh Baba Abdul Karim Hj Isa Al Fatoni Al Makki akan berada di balai usrah @ zawiyah keluarga Dato' Hj. Hashim di Kg. Bukit Baru Dalam, Melaka pada 20-21 April 2015 iaitu hari ni hingga esok.

Sesiapa yg berhajat menziarahi beliau utk bersilaturahim, mengambil berkat, menimba ilmu dsb dialu alukan datang.  Banyak ilmunya bersanad secara berijazah. Marilah bersama memuliakan ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah warisatul anbiya !! Allahu Haq!

Hubungi  0126820460 utk sebarang pertanyaan.

Layari :
Www.facebook.com/babakarimtelaga9

Http://babakarimtelaga9.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2015

Biografi Sheikh Baba Karim Hj Isa, Telaga 9, Makmawi, Pattani






















BIOGRAFI RINGKAS :

Nama asal beliau ialah Wan Abdul Karim bin Wan Osman bin Wan Ahmad bin Wan Sulaiman dan diketahui berketurunan dari zuriat Azmatkhan Al-Hussaini melalui Maulana Syed Ibrahim Zainal Abdin As-Samarkandi. Antara ulama terkenal yang lahir dari zuriat keturunan ini adalah Sheikh Daud Al Fatoni yang terkenal dalam sejarah Islam Nusantara. Dilahirkan dalam tahun 1952 di Kampung Telaga Sembilan Makmawi, kira-kira 21km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga sebanyak 11 beradik. Hari ini beliau merupakan pengasas dan tuan guru kepada Pondok Darussalam Al-Fatoniyah di Telaga Sembilan, Makmawi, Patani. Beliau juga dikenali diseluruh nusantara Melayu sebagai pendakwah dan ulama yang disegani lagi dihormati dengan pengalaman mengajar dan dakwah lebih 30 tahun.


LATARBELAKANG PENDIDIKAN :

Mendapat pendidikan agama awal di berbagai sekolah pondok di Selatan Thailand selama 12 tahun, antaranya :-

  1. Pondok Tasdiqiah Chenok, Singgora pimpinan Tuan Guru Hj Ismail b Abdul Shakur dan Hj Abdullah b Abdul Shakur
  2. Pondok Dala pimpinan Tuan Guru Dala
  3. Pondok Perigi pimpinan Baba Hj Abdul Rahman
  4. Pondok Sekam pimpinan Tuan Guru Hj Abdul Kadir bin Wangoh
  5. Pondok Palas pimpinan Baba Khali Zakaria
  6. Pondok Baba Hj Abdul Rahman Makmawi
  7. Pondok Tok Jong pimpinan Baba Idris
Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Mekah Al Mukaramah selama 25 tahun dan antaranya di :-


  1. Maahadilharami Makki
  2. Daarul Hadis Al Khoiriyah
  3. Sekitar Masjidil Haram  dengan Sheikh Abdul Karim Banjar, Sheikh Husin Siraj, Sheikh Yahya dan Sheikh Muhammad Al Makki
  4. Sekitar kota Mekah dengan  Syed Hamid Syed Alawi Al Kaf, Sheikh Muhammad b Ismail Al Yamani dan Abuya Syed Muhammad Syed Alawi Al Maliki Al Hasani,
Semasa di Mekah, disamping menuntut ilmu, beliau sempat mempunyai kerjaya selama lebih 12 tahun sebagai Mutarjim (jurubahasa) di Mahkamah Qubro, Mahkamah Al Musta’jalah dan Syartatul ‘Asimah (Polis Diraja Saudi), menjadi Musyrif Mutawwif Muasasatul Hujjat dan mengajar Bahasa Arab di sekitar kota Mekah.

Pada tahun 2002, setelah kembali dari Mekah, beliau telah mengasaskan Pondok Darussalam Al Fatoniyah di Kampung Telaga Sembilan, Makmawi, Pattani. Dalam pada itu, beliau juga sehingga kini sering berulang alik ke seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk memenuhi jemputan mengajar. Beliau juga merupakan anggota Persatuan Ulama Fathoni.

Antara kata-kata hikmah dan pesanan Baba Hj Abdul Karim Al-Fatoni ialah – Jangan lupa dengan Tuhan, sentiasalah hati dan lidah tetap dengan zikir “Allah, Yaa Allah” dan banyakkanlah berselawat kepada baginda Rasulullah S.A.W. Sentiasalah memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa, guru-guru serta anak isteri kamu. Dan hormatilah pemerintah-pemerintah Negara yang kita hidup sebagai rakyat dalamnya.


PENGIKTIRAFAN :

  1. MEWARISI sanad pelbagai cabang ilmu Ahlusunnah (Hadis Sahih, Imam Ghazali, Fiqh Mazhab 4 dsb)
  2. Merupakan guru kepada ramai alim ulama di Nusantara terutamanya Indonesia
  3. Merupakan penasihat kepada kerabat DiRaja Thailand dalam hal-ehwal Agama Islam
  4. Penasihat dan guru kepada kerabat Diraja Kelantan
  5. Penasihat dan guru kepada kerabat Keraton Kesultanan Palembang Darusalam
  6. Mempunyai tauliah mengajar agama dari Jabatan Agama kebanyakan negeri di Malaysia
  7. Sering diundang sebagai mualim dan tetamu dalam majlis-majlis tausiyah dan keagamaan di seluruh Thailand, Malaysia, Indonesia dan Brunei


(ENGLISH VERSION)

Brief Biography of Baba Hj Abdul Karim Hj Isa Al Fathoni

His original family name is Wan Abdul Karim bin Wan Osman bin Wan Ahmad bin Wan Sulaiman and is descended from Azmatkhan Al-Hussaini lineage through  Maulana Syed Ibrahim Zainal Abidin As-Samarkand. Among the famous scholar born from this lineage are Sheikh Daud Al Fatoni who is famed in the history of Nusantara Islam. Born in 1952 in Kampung Telaga Sembilan Makmawi, about 21km from the town of Patani. He is the eldest son in a family of 11 siblings.  Today he is the founder and Headmaster to Pondok Darussalam Al-Fatoniyah in Telaga Sembilan, Makmawi, Patani. He is also known throughout the Malay archipelago as a respected preacher and scholar honored with over 30 years experience in teaching and da’wah.

His early religious education begins in Pondok schools in south Thailand for 12 years, which includes: -

1. Pondok Tasdiqiah Chenok, Singgora led by Tuan Guru Hj Ismail b Abdul Shakur and Hj Abdullah b Abdul Shakur

2. Pondok Dala led by Tuan Guru Dala

3. Pondok Perigi led by Baba Hj Abdul Rahman

4. Pondok Sekam led by Tuan Guru Hj Abdul Kadir bin Wangoh

5. Pondok Palas led by  Baba Khali Zakaria

6. Pondok Baba Hj Abdul Rahman Makmawi

7. Pondok Tok Jong led by Baba Idris

Then, he continued his studies to Mecca, Saudi Arabia for 25 years among which : -

1. Maahadilharami Makki

2. Daarul Hadis Al Khoiriyah

3. Around  Masjidil Haram  with Sheikh Abdul Karim Banjar, Sheikh Husin Siraj, Sheikh Yahya and Sheikh Muhammad Al Makki

4. Around Mecca city with Syed Hamid Syed Alawi Al Kaf, Sheikh Muhammad b Ismail Al Yamani and Abuya Syed Muhammad Syed Alawi Al Maliki Al Hasani,

While in Mecca, besides studying, he had a career for over 12 years as Mutarjim (interpreter) in Qubro Court, the Court of Al Musta'jalah and Syartatul Asimah  (Royal Saudi Police), became Musyrif Mutawwif Muasasatul Hujjat and taught Arabic language in and around the city of Mecca.

In 2002, after returning from Mecca, he founded the Pondok Darussalam Al Fatoniyah in Kampung Telaga Sembilan, Makmawi, Pattani. 

Meanwhile, until now he occasionally travels throughout Malaysia, Indonesia and Brunei for lectures etc. He is also a member of the Pattani Association of Islamic Scholars.

Among select words of wisdom from Baba Hj Abdul Karim Hj Isa Al-fatoni are - Do not forget the Lord, always busy your heart and tongue with remembrance of "Allah, Yaa Allah," and continuously make Salawat for the Prophet S.A.W. You must  honor and respect your parents, teachers, your wife and offsprings. And honor the State governments where we live as citizen.